Tuesday, July 19, 2005
Seven Theatrical Event Management + Bukan Lalang Ditiup Angin
Seven Theatrical Event Management memilih karya Dato’ Noordin Hassan iaitu ‘Bukan Lalang Ditiup Angin’ (BLDA) sebagai persembahan produksi teater kerana ingin memberi peluang kepada para pelajar untuk membawa naskhah-naskhah agung yang dikarya oleh sasterawan negara ini, yang dikatakan mempunyai penguasaan bahasa yang indah, menampilkan banyak makna-makna yang tersirat dan tersurat serta menyampaikan mesej yang amat berguna dan bererti.
Drama BLDA adalah satu karya yang mempunyai nilai-nilai kemasyarakatan pada zaman 1970an dan kemudiannya diterapkan di dunia teater untuk menjadi pengajaran serta panduan untuk para penonton. Karya yang dihasilkan oleh seorang penulis besar ini, sudah pasti tidak akan dihayati oleh orang ramai jika ianya tidak dipentaskan. Walaupun ia pernah diperdebatkan oleh pengkaji sastera pada suatu ketika dahulu, tidak wajarlah diabaikan begitu sahaja. Sebagai generasi muda, kita seharusnya mengangkat karya-karya agung seperti ini untuk mengingatkan kembali sejarah teater ditanahair.
Maka, pemilihan drama BLDA ini adalah kerana ianya mempunyai agenda nasionalisme, memimpin rakyat ke arah mengisi kemerdekaan dan menjadi satu cabaran serta pendedahan di kalangan pelajar untuk merealisasikan pementasan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment