Monday, October 26, 2009

EMIR HAZIQUE BIN HATIM

SHAH ALAM, 23 okt 2009: aku+emma g melawat eltis kat umah mak dia kat sek 17. g petang cz pagi tu ktorg ada meeting kat induk. ni ada aku titipkan pic anak eltis...

Wednesday, October 07, 2009

ELTIS sudah selamat bersalin...

alhamdulillah eltis sudah selamat bersalin pada 3.10.2009 yg lalu. baby boy...EMIR HAZIQUE BIN HATIM CGRATULATION dari 7theatrical...

Thursday, June 25, 2009

PROGRAM pertukaran budaya di UiTM Johor 17-22.6.2009

SEGAMAT, JOHOR: uitm segamat (abg naza) jadi tuan rumah tuk program pertukaran budaya Jun 2009. hanye 6 kampus yg join program ni...uitm johor+uitm sabah+uitm perlis+uitm terengganu+uitm melaka+uitm kelantan... meriah...

Monday, June 08, 2009

meeting lagi...4-6.6.2009

SHAH ALAM: meeting lagi...jgn marah beb cz aku selalu mskkan cite pasal ktorg jerk. mane tidaknye dah korg x anto gambo+cite korg kat aku...hehehe. ni pic terbaru saleh selepas beberapa hari bergelar SUAMI...gemok kan???

Wednesday, May 13, 2009

meeting d UiTM Sabah...11.5.2009

SABAH: kiteorg meeting kebudayaan kat uitm sabah.saleh x dpt dtg.ktorg bertiga jerk yg pegi... eltis dah ber'dua'..dah 5 bulan... ha...1 lagi...korg ingat x 2 jejaka kat pic atas ni?? tu lah senior kite, abg an + abg naza...abg an kat uitm sabah, abg naza kat uitm johor... ***byk duit terbang beb g shpping kat sabah, beli ikan masin...hahahaha***

Friday, May 08, 2009

TEATER 'DIMANA SETANGGINYA'... DATO' NOORDIN HASSAN

SELEPAS kira-kira tiga kali tidak jadi dipentaskan, akhirnya naskhah Mana Setangginya karya Sasterawan Negara (SN) Datuk Noordin Hassan, 80, akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 13 hingga 21 Jun depan. Naskhah ini merupakan karya agung ke-7 Datuk Noordin atau yang lebih mesra dengan panggilan 'Cikgu Noordin' bakal diarahkan oleh pengarah teater tersohor Zaifri Husin, 43. Naskhah ini sepatutnya dipentaskan pada September 1999 sempena pembukaan IB tetapi tidak menjadi kenyataan. Naskhah Mana Setangginya merupakan antara Edisi Khas SN bertajuk Mana Setangginya- Kumpulan Drama Pilihan Noordin Hassan yang dibukukan dan berada di pasaran sejak tahun 2001. Daripada empat karya Noordin Hassan yang dikumpulkan itu, hanya naskhah Disentuh Bulan Pun, Selendang Umi dan Malam Ini Penyu Menangis yang telah dipentaskan. Mana Setangginya dikatakan sebuah naskhah yang hebat dan mampu mencipta sejarah drama Malaysia. Mungkinkah disebabkan itu Mana Setangginya lambat dipentaskan kerana sukar hendak mencari pengarah yang betul-betul berani menyahut cabaran mengangkat naskhah ini di pentas teater. Ditanya kepada pengarahnya tentang apakah yang memberinya kekuatan untuk mengarah teater Mana Setangginya, Zaifri berkata dia menerimanya setelah diberi mandat besar oleh Noordin Hassan yang digelar sebagai ‘cikgu’ itu. “Pada peringkat awalnya, saya tidak berani sebab naskhah ini agak besar dan membabitkan nama Seniman Negara Datuk Noordin Hassan di mana dia lebih lain dari yang biasa. “Saya takut sekiranya ia tidak sampai seperti apa yang beliau inginkan. Tetapi setelah dia sendiri yang menelefon dan memberi mandat serta menyokong saya, jadi saya beranilah menerima tanggungjawab ini,” jawab Zaifri ketika sidang media di Istana Budaya semalam. Sebelum ini Zaifri pernah mengarah teater Sarah karya Noordin di Stor Teater Dewan Bahasa Pustaka (DBP). “Jika dibandingkan antara Sarah dan Mana Setangginya, saya rasa teks Mana Setangginya lebih besar daripada teks Sarah. Namun begitu saya dapat rasakan yang Sarah boleh dibuat dalam persembahan besar. “Mana Setangginya berlandaskan kitab Taurat yang memasukkan isu kuasa, fitnah, penganiayaan dan kejatuhan seseorang. “Cikgu suka ambil rujukan seperti itu. Kalau kita baca sepintas lalu, kita dapat nampak bagaimana dia garapkan dan isu yang digunakan. “Tidak banyak perubahan yang saya akan lakukan sebab Cikgu Noordin tidak suka karyanya ditukar-tukar. “Saya akan cari pendekatan terbaik supaya orang faham, agar teks ini lebih senang didengar dengan penggunaan muzik, set, efek dan visual yang lebih membuatkan teks ini lebih menarik,” ulas Zaifri. Mana Setangginya yang akan dipentaskan kira-kira dua jam itu mengisahkan tentang sebuah perkampungan nelayan di tepi pantai. Penduduknya menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil pohon setanggi. Nelayan ini dilarang untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari beribadat. Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar telah berpindah ke atas bukit. Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza selaku orang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka. Juda, iaitu anak kepada Hawar mengahwini kekasihnya Iriam, iaitu anak kepada Ibra. Tetapi Silbi dan Subhat telah menabur fitnah akan asal-usul Iriam. Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung. Lantaran itu, beliau dan ayahnya mahu kampung-kampung nelayan yang bertaburan mengiktirafkan kedudukan mereka selaku ‘raja’. Yang ingkar akan diserang. Mereka menguasai kampung-kampung ini dan inginkan segala tangkapan hendaklah dijual kepada mereka. Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza. Ibra dan Iriam yang datang untuk membebaskan paderi telah dikenakan syarat 10 bakul ikan sebagai tebusan. Iriam juga diserahkan kepada Uzza dengan persetujuan Juda. Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dahsyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar. Akhirnya, Juda telah pun menemui ‘sodom wa gamurah’nya. Di akhir cerita ini, penonton akan mendapat pengajaran iaitu manusia dijadikan di tahap yang tinggi, tetapi ia kembali kepada Tuhannya dalam tahap serendah-rendahnya. Noordin pernah berkata yang beliau ingin merealitikan naskhah di pentas seperti seekor belut gergasi, kapal layar yang boleh bergerak, kota yang akan roboh apabila diserang belut dan banyak lagi perkara yang memainkan peranan untuk menyampaikan cerita ini. Menurut Zaifri, sukar untuk dia ceritakan tentang kaedah yang akan digunakan untuk merealisasikan impian Noordin tetapi dia akan membuatkan penonton kagum dengan setiap babak itu. “Susah saya nak cakap sebab naskhah ini perlu melalui proses artistik. Apa yang ada di dalam kepala saya sekarang ada dua bentuk iaitu dalam bentuk visual dan efek serta bentuk objek,” ujar Zaifri yang belum dapat memberitahu nama pelakon utama teater ini. Katanya, mereka masih belum menerima kata putus daripada pelakon yang mempunyai nama besar dalam industri seni ini untuk watak utama iaitu Juda dan Iriam. Sementara antara 150 pelakon teater itu telah pun dipilih dari kalangan pelakon dan aktivis teater yang dijangka akan memulakan latihan pada minggu hadapan. Ditanya tentang respons Noordin apabila mendapat tahu teater yang dinanti-nantikan ini dipentaskan, Zaifri berkata Noordin menerima dengan hati terbuka seolah-olah tidak serik walau karyanya itu sudah tiga kali tidak jadi dipentaskan. “Kali ini cikgu kata ‘Tak pelah, dah 10 tahun cikgu tunggu tak jadi...’. Bagaimanapun, beliau memang inginkan Mana Setangginya dipentaskan di IB,” ulas Zaifri yang mengenali Noordin sejak tahun 1993 di Kompleks Budaya Negara. Zaifri mempunyai kelulusan Ijazah pertama dalam Komunikasi (Pengkhususan Filem, TV dan Seni Lakon), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan juga memiliki Ijazah Sarjana Pengarahan Teater dari Middlesex University, United Kingdom. Anak kelahiran Muar, Johor ini juga berpeluang mendalami teknik 'Mayerhold dan Biomekanik' di Russian Federation Theatre Arts Academy of Moscow, Rusia. Zaifri pernah mengarah teater 'Sarah', Gadis Melayu, Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Belalang Kenit, Muzikal Ali Baba, Gamat dan mono drama 'Angin Mengambang'. Antara lakonan pentasnya seperti Nyonya, Rubiah, Lantai T. Pinkie, Selendang Umi, Tiang Seri Tegak Berlima dan Puteri Gunung Ledang. Dalam pada itu, Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani tidak dapat memberikan sebab Mana Setangginya lambat dipentaskan. “Saya tiada jawapannya kerana waktu itu ada banyak naskhah..Cikgu Noordin ada beberapa kali nak angkat Mana Setangginya tapi tak jadi kenyataan kerana ia karya yang baik dan harap berada di pentas IB. “Kali ini, saya anggap pementasan ini sebagai rezeki beliau selain dapat melahirkan bintang besar dalam dunia lakonan. Misalnya dia pernah melahirkan bakat besar seperti Erra Fazira, Vanida Imran dan Ida Nerina. “Saya harap teater yang berkonsepkan Lord of The Rings versi Melayu ini berjalan dengan lancar,” jawabnya. Juhari juga memaklumkan yang IB akan mula memperbanyakkan pementasan naskhah berbentuk sastera supaya tidak hanya pentaskan karya berbentuk komersial. “Insya-Allah, kita akan banyakkan lagi pementasan karya sastera seperti karya Usman Awang, Keris Mas dan sasterawan tempatan yang lain,” akhirinya. Teater Mana Setangginya akan dipentaskan mulai 13 hingga 21 Jun depan, pukul 8.30 malam, di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket dijual pada harga RM30, RM50, RM70 dan RM100. *************************************************************************************jom kengkawan sekalian kite g tgk teater ni...jgn plak korg lupe final projek kite dulu BUKAN LALANG DITIUP ANGIN adalah karya cikgu noordin hassan jugak...mcmne??

KONSERT TRIBUTE SUDIRMAN...

Tajuk: Konsert Tribute Sudirman..... Tempat : Panggung Sari ISTANA BUDAYA..... Tarikh : 4 - 6 Jun..... Sinopsis: Konsert yang akan dilangsungkan selama dua jam bakal menampilkan persembahan yang berlainan dari segi muzik, konsert dan juga persembahan di antara satu dengan lain, seperti lagu-lagu hit yang bercorak tradisional/melayu Deli. Sebahagian daripada jumlah jualan tiket konsert ini akan digunakan bagi penubuhan tabung Yayasan Sudirman.....

TEATER HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Tajuk: Hikayat Merong Mahawangsa..... Tempat : Lambang Sari ISTANA BUDAYA..... Tarikh : 15 - 17 Mei..... Sinopsis:Lagenda Agung..... Kasih dan kesetiaan, tanggungjawab dan maruah, suka dan duka; kesemuanya disampaikan di dalam adaptasi Inggeris ini dari cerita lama Melayu yang popular. Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah penceritaan sastera Melayu lama mengenai Panglima Merong Mahawangsa. Garuda, seekor helang yang menjadi raja di angkasa, merasa terancam dengan perkahwinan Putera dari Byzantine dan Puteri dari China. Garuda kemudian menculik Puteri tersebut dan menenggelamkan kapal Putera Byzantine. Panglima Merong dan rakan-rakan kemudian menyelamatkan kedua-dua Putera dan Puteri tersebut. Adakah Garuda akan berjaya menggagalkan perkahwinan tersebut? Adakah Jentayu akan menentang pakciknya Garuda, untuk membantu rakan-rakannya dan menegakkan kebenaran? Adakah Panglima Merong akan melindungi wilayahnya dari bahaya. Saksikan epic ini, yang berlatarkan udara, laut dan bumi di Langkawi. Pasti menyeronokkan semua golongan dengan komedi dan pertarungan. Ribbit Edutainment mempersembahkan Hikayat Merong Mahawangsa, sebuah kisah pengembaraan berunsur keluarga yang sesuai untuk semua yang berumur dari 6 - 106!

WALIMATULURUS...MUHAMMAD SALEHUDIN MOH ESA

salam... kehadapan kengkawan sekalian yg berada di Mlaysia...maseh ingat ngan saleh bangsawan??? kat sini aku ingin menyampaikan jemputan perkahwinan SALEH MOH ESA+WANI pada 31 mei 2009 ni kat Taman Maluri, Kuala Lumpur...semua dijemput hadir... *moh kite serang umah saleh...moh le...hahaha...

Sunday, May 03, 2009

MIKHAEL RAFIQ BIN SHUKRIKA KHAIRIN...24.2.2009

kehadapan kengkawan sekalian...ni aku mskkan pic baby boy ROSMA RAHAYU SEBLIE...hehehe comeykan...

Friday, May 01, 2009

wedding ATIQAH+JAHARI 1.11.2008

salam...ampun dan maap dipinta cz lambat mskkan pic ni...sori... sekalung tahniah buat ATIQAH+JAHARI...chaiyokkk!!!!

Sunday, January 18, 2009

mama bosan + anaknye...

Engku Nursyuhadah Engku Din

16 jan 2009, jumaat : maseh kah korang ingat pada seorang wanita yg bernama Engku Nursyuhadah Engku Din??? lame aku x dgr cite pasal dia...tup2 ari tu aku g sogo...pastu aku terjumpa syu.dia mcm biasa...maseh spt dulu...x berkesempatan nak bertnye cite tbaru cz dia ngah bz mase tu...katenye maseh pakai no lama...sapa2 yg nak no dia...bleh ar col aku...tq daun keladi...

Tuesday, January 06, 2009

TEATER BERANI MATI 7-11 JAN 2009

halu geng, jom ah tgk teater BERANI MATI ni..IS TOMOK belakon... ***ARTICLE ni aku copy paste dr blog en saat*** tq daun keladi en saat... ************************************************************************************* Tajuk: BERANI MATI Tarikh: 7 -11 Januari 2009 Tempat: Stor DBP Masuk: Bawak jelah RM10 kalau free pun.... Dimanakah kamu berada pada 7 hingga 11 Januari 2009 ini?.. Ke Wedding Que Haidar dan Linda Jasmin? come on dont kidding me. Wedding Mawi dan Ikin? tu bulan Disember jangan kamu nak berbohong. Wedding Norman Hakim dan Meme? Come on! tu lambat lagi. Wedding Rosnah Mat Aris? tu dah lepas ok, jangan nak kelentong aku.... Hah! Aku tahu kamu takde plan dari 7 hingga 11 Januari 2009 ini. Spare your free time to support this teater. BERANI MATI di Stor DBP tahun hadapan. Berani Mati adalah hasil tulisan dan nukilan penggiat teater muda yang semakin meningkat naik, Fasyali Fadzly. Fasyali adalah antara pelajar dan penggiat seni yang baru menceburkan diri dalam bidang arahan teater ini. Sebelum ini dia giat berlakon dalam pelbagai teater tempatan. Belaiu adalah satu-satunya pelakon yang pernah memengangi kategori pelakon Pembantu lelaki sebanyak 2 kali. yang pertama adalah melalui produksi UKM dibawah kumpulan Rimba dalam teater yang bertajuk Syajar naskah Ismail apentah aku lupa. yang keduanya dalam teater Ayam jantan, Ayam Betina arahan Yeop Teluk Intan. (aku ,gua, saya sempat menonton kesemua teater-teater ini) Selain dari itu dia juga pernah berlakon dibawah arahan Mazlan Tahir, Ahmad Yatim,Mazli Rahman, Syahrul Fitri Musa, NurZizi Zulkifli dan lain-lain lagi. fasyali juga pernah mengalahkan pelajar-pelajar teater lain yang tak kurang hebatnya dengan memenangi pertandingan monolog di bawah subjek Konferensi pada tahun 2006(?) dengan monolog yang bertajuk Tangan Kiri Ayah. Sebelum Berani Mati, fasyali pernah mengarahkan satu lagi teater nukilan Syahrul Fitir Musa bertajuk Jerjak di MATIC, Kuala Lumpur. Ini adalah cubaan keduanya dalam mengarah teater. Fasyali adalah nama baru dalam teater yang perlu kita beri perhatian. Dia berani, dia rajin, dia berani, dia ada usaha dan dia tekun dan sabar serta amat berbakat. Ketika ini Fasyali masih lagi menuntut dalam program Ijazah Teater di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artisitik. Marilah beramai-ramai kita menyokong teater tempatan. Berani Mati needs your support!! *************************************************************************************

Thursday, January 01, 2009

wedding ELTIS NAZAR + HATIM 16.11.2008

salam. sori geng cz lambat mskkan pic eltis kat blog ni...ni ada beberapa pic yg aku dpt dr eltis tuk tatapan kengkwn sume... to ELTIS+HATIM cgrtulation...moga berkekalan hingga akhir hayat.amin.