Friday, July 22, 2005
Latar belakang Penolong Pengarah, Mazlan Tahir
Mazlan Tahir nama yang tidak asing lagi di persada seni teater dan juga merupakan seorang penggiat teater yang aktif di dalam teater tanahair. Beliau mempunyai banyak pengalaman didalam dunia lakonan. Dilahirkan pada 7 Ogos 1965, merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Beliau mempunyai pemgalaman yang luas dalam bidang kreatif. Beliau juga bergiat aktif dalam lakon layar drama tv, berlakon teater, pengarah teater, penulis skrip dan juga menjadi pengajar sambilan dalam bidang teori dan praktikal
di Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Beliau juga adalah pensyarah kontrak sepenuh masa di Jabatan Teater, Fakulti Seni Persembahan, UiTM Shah Alam. Beliau mula berkecimpung dalam bidang teater sejak 18 tahun lalu dan telah berlakon hampir 100 buah teater. Dengan kebolehan yang ada, beliau telah terpilih sebagai tokoh Seniman Malaysia oleh Arkib Negara untuk tujuan penyelidikan dan rujukan. Beliau juga sering kali terpilih sebagai panel Festival Teater peringkat Negeri dan juga Kebangsaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment